How Old am I

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 29, 2019

Betong, Thailand

Tips nak ke Betong, Thailand.

1. Geran kereta ( bagi sesiapa nak drive kereta sendiri). Bawak salinan geran kereta ke IPD terdekat dan cakap je nak Cop pelepasan utk masuk ke Betong. Saya bawa salinan tu ke IPD Pengkalan Hulu seawal 8.30pagi.

2. Pukul 9suku dah ada di borderline Pengkalan Hulu - Betong. Benda 1st akan diorg check adalah geran kenderaan dan juga surat pelepasan dari IPD.

3. Masuk border tu, lepas pagar besar akan ada tempat utk buat insurans kenderaan. ZAHRIN INSURANCE. Anda akan dikenakan charge RM23 dan insuran tu akan valid selama 9 hari.



4. Teruskan perjalanan ke Passport Control, Immigration Checkpoint. Park memana, jln kaki pi kat bangunan tu. 1st sekali, kat luar bangunan tu akan ada 1 kaunter orang beratur untuk buat White Card (RM 2 utk 1orang) dan Custom Declaration Form (RM 6). Lepas selesai, masuk dlm bangunan passport control tu, que, pastu tnjuk passport kat kaunter tu, diorg ambik cap jari smua by computerize diorg (2019 dah oiii). Settled.





5. Lepas selesai urusan di sini, boleh naik semula kenderaan ke Betong Custom House. Tak jauh dr tmpt yg sebelumnya tu. Park jugak kat memana, jalan kaki, pi jumpa officer kt situ. Bawak semua documents dan duit. Kat sini diorg charge RM3. Dekat sini masih guna RM.. di ulangi, di sini sahaja masih guna RM. Better korang tukar duit ke Bhat terlebih dahulu sebelum masuk Betong. Sis baca and collect info 90% semua ckp boleh pakai MYR. Tapi bila dah masuk dalam. Hampeh diorg xde tukar MYR. Kena tukar jugak akhirnya..



6. Selesai semua, alhamdulillah lega dah. Drive masuk ke BETONG. Jalan straight je sampai jumpa pekan Betong yang kecik tu. 1st korang akan jumpa clock tower dlm bandar tu. Round2 situ dulu. Cari kedai oppo ke, vivo ke, beli Sim Kad Thai, sis beli 30GB - 150bhat. Travel Adapter. Plug point utk korang charge fon nnt. Yg ni sis beli 50bhat. Kalau dah ada yg universal punya bawak je. Takyah bazir beli.

7. Pastu cari hotel. Kalau korang nak hotel yg byk tmpt mknan halal, better dduk hotel Butterfly Princess. Boleh waze nnt jumpa. Lg 1 nk bgtau, masa check in, diorg akan ambil passport dan diorg akan simpan sehingga korang check out. Itu je la yg lemahnya. So kena berhati2 memandu dan jaga sikap kita di sana supaya tak timbul apa2 masalah.




Recommended kedai makan Tuan Kitchen, Hafiz Seafood. Kedai ni memang makanan sedap2 belaka. Goreng2, lauk pauk, semua sedap.




8. Kalau mula2 jumpa clock tower tu masa keluar dr border, tgk dekat2 kedai belah kanan akan nampak post box gergasi yg di bina semula. Yg asal ada di 1 lg tempat. Ok dr clock tower tu korang belok kanan (3rd exit) akan jumpa la Mongkolit Tunel, Ayam gergasi dan Betong Municipality Park.

9. Tips nak ke The Sea of Mist @ I - Yerweng ( Awan Nano ) tempat ni kena datang awal pagi, sis dari hotel bertolak pukul 3pagi waktu Thailand. Jalan agak gelap dan sunyi. Tak ada kenderaan lalu lalang. Pastikan bawak kereta dengan hati2. Jangan laju. Sebab kat sini banyak stop polis2 buat check up kereta. Banyak pagar2 diorg letak kat jalan, so jangan laju.

36kilo dari Betong, masuk simpang kiri. Kalau laju mesti terlajak. Sebab tak ada signboard pun utk ke Sea of Mist tu.. naik ke atas tu dalam 12kilo. Akan jumpa simpang 4, ambik kanan. Naik lagi dlm beberapa kilometer, pastu akan jumpa la tempat tu. Jangan risau, bila dah sampai atas, ada je orang kt sana. Pekerja kat atas pun ada. Mesra dan ramah2. Ada juga yg tidur di atas sana supaya dpt menikmati pemandangan pagi tanpa perlu berkemut² nak dapat parking sekiranya lewat sampai.

Dari tempat parking tu, korang boleh pilih nak naik motor ( diorg hantarkan dan dikenakan RM 3 @ 20bhat sehala ) ataupun korang nak jalan kaki daki tempat tu utk ke top of iyerweng tu. Suasana pagi kabus, angin kuat, sejuk. Pastikan bawak sweater utk panaskan tubuh anda.. menggeletar tahan sejuk sebab tak ada info tmpt tu sejuk. Hahaha.

Dah naik tu, hati2. Tempat tinggi, besi di situ agak renggang dari tempat kita pijak. Risau handphone jatuh, takpun kita sendiri akan tergelincir jatuh. Gelap2 tak nampak tmpt kita berpijak dengan ramai pelancong2 lain. Ya allah sumpah sis GAYAT lepas nampak besi renggang tu. Pastikan beg anda di zip. Takut pula pickpocket. Manalah tau kan.. passport ke apa hilang kat situ tak ke naya.

Dah puas hati tengok sunrise & kabus2 tu, boleh laa turun ke bawah pulak. Check point ke dua. Lepas tu boleh la sarapan di situ. Ramai yg jual2 kat situ. Pulut ayam, nasik goreng, roti canai, ayam panggang semua ada. Baju2 pn ada jual. Sis beli baju budak 2 helai 180bhat dan baju lelaki dewasa limited katanya 330bhat. Tp cantik..

Lepas tu boleh la plan jalan ke tempat lain, Winter Flower Garden tiket RM8 / 60bhat. Kolam air panas Hot Spring masuk free. Piyamit tunnel je sis tak sempat masuk. Korang blh try masuk nnt update psl piyamit tunnel ok.. Kesemua 3 tempat ni 1 jalan je.. boleh waze je nama tempat.

Nak keluar macam biasa lah, pastikan semua documents lengkap ya.. Itu saja sis nak update. Selamat bercuti ke Betong Thailand.. kap kun kaa.. haha.









Sekian,

28 - 29 Sept 2019

Sunday, July 14, 2019

BROMO SURABAYA

9 Nov 2018

-Tiba di Airport Juanda Surabaya jam 2petang.
Bertolak ke Bromo (perjalanan 5 jam naik kereta) 


Makan malam di Bawangan Restaurant.



Paling sedap makan di sini. ikan bakar sempoiiii.. sambal pun perghhhh sedap sangat.. minum pula air teh hangat dengan suasana sejuk di kaki pergunungan.. memang asikkkk banget.
Check in Yoschis Hotel Bromo jam 9malam. Kami di arahkan tidur awal dan bersiap seawal jam 2.30 pagi untuk mendaki dan melihat terbitnya matahari. Tak sabar sangat








10 Nov 2018



-Jam 3pagi waktu indonesia (msia 4pagi) bertolak naik jeep ke Penanjakan Bromo utk tgk sunrise.

Perjalanan naik jeep selama 1jam.

Smpai di puncak suhu cecah 5 celcius.










SUBHANALLAH memang cantik sangat. Bersyukur dapat tengok ciptaan Allah yang tiada bandingan ni.. cantik sungguh.. Bangga pun ada..




- Lepas tengok sunrise, bertolak ke Gunung Bromo ambil masa lagi sejam.



Sampai di tempat parking jeep, boleh pilih nak naik kuda atau nak jalan kaki.

Sewa kuda 1 ekor IDR 175,000 sampai ke anak tangga.


Untuk ke puncak kena panjat 200 anak tangga.
Dah turun dari puncak, kena ingat nama kuda sendiri.
Cari kuda sendiri dalam banyak2 kuda.









panjat lah korang 210 anak tangga untuk sampai ke atas puncak tu. Memang senak sehingga nak sampai atas tu. Sampai nak pitam lah hakak kat atas tu sebab hakak kan sado. Tetiba naik 210 anak tangga ko rasa????
















- perjalanan ke Bukit Teletubbies & Pasir Berbisik.

Pemandangan di sini sangat cantik. Boleh la bergambar sebanyak mana korang nak. Jangan 'hang' telefon sudah.

Dapat pemandu dan pemandu pelancong yang baik, boleh ajak selfie dan tlg ambilkan gambar sekali.



- jam 9pagi balik Hotel, breakfast dan check out 11pagi.

Bertolak ke Malang (perjalanan 4jam)

- sampai di Kampung Warna Warni Jodipan jam 5 petang.
Bergambar di rumah warna warni. (tiket masuk IDR 3,000 seorang)
Bertolak ke Museum Angkut ambil masa lagi 1 jam. (tiket masuk IDR30,000 seorang) dalam museum ni macam² pengangkutan dari zaman dulu² semua ada.

- selesai lah pengembaraan hari pertama.
Makan malam di Warung Wareg. (Ayam Penyet, Udang Penyet)

- check in Hotel Riverstone di Bandar Malang.


















bakso paling sedap pernah makan ialah di sini.. omg teringat-ingat

Day 3 (11 Nov 2018)

-Breakfast di Hotel Riverstone.

-Check Out
-Bertolak ke Coban Rondo
-Flying Fox
-Memanah
-ATV
-Maze (Labirin)
-Kandang Kelinci (arnab)
-Petik Apel
-Bertolak ke Surabaya (perjalanan 3jam)
-Makan Malam di Bakso Boedjangan Surabaya
Bakso Wagyu Cincang
Bakso Super Pedas
Pangsit Isi Kuah
Nasi Bakso Sos Teriyaki
Nasi Bakso Sos Telur Asin

Superb! Memang sedap

-Check In Hotel Gunawangsa di Surabaya.




Day 4
- breakfast di Hotel Gunawangsa.
- Check Out
- Pencarian Lukisan bernilai IDR 500,000 untuk di bawa pulang.
Punya lah susah nak cari lukisan di sini. Untung lah dapat supir yang baik dan pandai tawar menawar dan pandai cari kedai. pandai pulak dia bodek tokey kedai tu.
- Suramadu Bridge (Jambatan dari Surabaya ke Madura.
- Surabaya New Bridge (Kenjeran Bridge)
- Taman Rekreasi Pantai Kenjeran
- Airport Juanda Surabaya dan Fly ke KLIA jam 4.28 petang.




masa ni kami misunderstanding dengan supir + pihak management hotel. kami di beri hanya 1 bilik tidur. Yang bener mas Refa?? hahahaa.. kekagetan kami seketika hingga kedatangan mas Refa membantuu kami hingga dapat bilik yang lebih selesa untuk kami beradu malam ni..



bilik selesa gila







sarapan di hotel ni. nampak je macam ni tapi sedap.. Alhamdulilah..













sehingga berjumpa lagi supir-

supir kami yang baik hati. takkaN


kami lupakan anda berdua//

untuk anda yang berminat untuk

ke Surabaya - Malang - Bromo

boleh lah survey dengan melihat page

JAVANATION TRIP ORGANIZER

atau

whatsapp

+62 857 4869 4208

BURHAN




Followers