How Old am I

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 29, 2019

Betong, Thailand

Tips nak ke Betong, Thailand.

1. Geran kereta ( bagi sesiapa nak drive kereta sendiri). Bawak salinan geran kereta ke IPD terdekat dan cakap je nak Cop pelepasan utk masuk ke Betong. Saya bawa salinan tu ke IPD Pengkalan Hulu seawal 8.30pagi.

2. Pukul 9suku dah ada di borderline Pengkalan Hulu - Betong. Benda 1st akan diorg check adalah geran kenderaan dan juga surat pelepasan dari IPD.

3. Masuk border tu, lepas pagar besar akan ada tempat utk buat insurans kenderaan. ZAHRIN INSURANCE. Anda akan dikenakan charge RM23 dan insuran tu akan valid selama 9 hari.



4. Teruskan perjalanan ke Passport Control, Immigration Checkpoint. Park memana, jln kaki pi kat bangunan tu. 1st sekali, kat luar bangunan tu akan ada 1 kaunter orang beratur untuk buat White Card (RM 2 utk 1orang) dan Custom Declaration Form (RM 6). Lepas selesai, masuk dlm bangunan passport control tu, que, pastu tnjuk passport kat kaunter tu, diorg ambik cap jari smua by computerize diorg (2019 dah oiii). Settled.





5. Lepas selesai urusan di sini, boleh naik semula kenderaan ke Betong Custom House. Tak jauh dr tmpt yg sebelumnya tu. Park jugak kat memana, jalan kaki, pi jumpa officer kt situ. Bawak semua documents dan duit. Kat sini diorg charge RM3. Dekat sini masih guna RM.. di ulangi, di sini sahaja masih guna RM. Better korang tukar duit ke Bhat terlebih dahulu sebelum masuk Betong. Sis baca and collect info 90% semua ckp boleh pakai MYR. Tapi bila dah masuk dalam. Hampeh diorg xde tukar MYR. Kena tukar jugak akhirnya..



6. Selesai semua, alhamdulillah lega dah. Drive masuk ke BETONG. Jalan straight je sampai jumpa pekan Betong yang kecik tu. 1st korang akan jumpa clock tower dlm bandar tu. Round2 situ dulu. Cari kedai oppo ke, vivo ke, beli Sim Kad Thai, sis beli 30GB - 150bhat. Travel Adapter. Plug point utk korang charge fon nnt. Yg ni sis beli 50bhat. Kalau dah ada yg universal punya bawak je. Takyah bazir beli.

7. Pastu cari hotel. Kalau korang nak hotel yg byk tmpt mknan halal, better dduk hotel Butterfly Princess. Boleh waze nnt jumpa. Lg 1 nk bgtau, masa check in, diorg akan ambil passport dan diorg akan simpan sehingga korang check out. Itu je la yg lemahnya. So kena berhati2 memandu dan jaga sikap kita di sana supaya tak timbul apa2 masalah.




Recommended kedai makan Tuan Kitchen, Hafiz Seafood. Kedai ni memang makanan sedap2 belaka. Goreng2, lauk pauk, semua sedap.




8. Kalau mula2 jumpa clock tower tu masa keluar dr border, tgk dekat2 kedai belah kanan akan nampak post box gergasi yg di bina semula. Yg asal ada di 1 lg tempat. Ok dr clock tower tu korang belok kanan (3rd exit) akan jumpa la Mongkolit Tunel, Ayam gergasi dan Betong Municipality Park.

9. Tips nak ke The Sea of Mist @ I - Yerweng ( Awan Nano ) tempat ni kena datang awal pagi, sis dari hotel bertolak pukul 3pagi waktu Thailand. Jalan agak gelap dan sunyi. Tak ada kenderaan lalu lalang. Pastikan bawak kereta dengan hati2. Jangan laju. Sebab kat sini banyak stop polis2 buat check up kereta. Banyak pagar2 diorg letak kat jalan, so jangan laju.

36kilo dari Betong, masuk simpang kiri. Kalau laju mesti terlajak. Sebab tak ada signboard pun utk ke Sea of Mist tu.. naik ke atas tu dalam 12kilo. Akan jumpa simpang 4, ambik kanan. Naik lagi dlm beberapa kilometer, pastu akan jumpa la tempat tu. Jangan risau, bila dah sampai atas, ada je orang kt sana. Pekerja kat atas pun ada. Mesra dan ramah2. Ada juga yg tidur di atas sana supaya dpt menikmati pemandangan pagi tanpa perlu berkemut² nak dapat parking sekiranya lewat sampai.

Dari tempat parking tu, korang boleh pilih nak naik motor ( diorg hantarkan dan dikenakan RM 3 @ 20bhat sehala ) ataupun korang nak jalan kaki daki tempat tu utk ke top of iyerweng tu. Suasana pagi kabus, angin kuat, sejuk. Pastikan bawak sweater utk panaskan tubuh anda.. menggeletar tahan sejuk sebab tak ada info tmpt tu sejuk. Hahaha.

Dah naik tu, hati2. Tempat tinggi, besi di situ agak renggang dari tempat kita pijak. Risau handphone jatuh, takpun kita sendiri akan tergelincir jatuh. Gelap2 tak nampak tmpt kita berpijak dengan ramai pelancong2 lain. Ya allah sumpah sis GAYAT lepas nampak besi renggang tu. Pastikan beg anda di zip. Takut pula pickpocket. Manalah tau kan.. passport ke apa hilang kat situ tak ke naya.

Dah puas hati tengok sunrise & kabus2 tu, boleh laa turun ke bawah pulak. Check point ke dua. Lepas tu boleh la sarapan di situ. Ramai yg jual2 kat situ. Pulut ayam, nasik goreng, roti canai, ayam panggang semua ada. Baju2 pn ada jual. Sis beli baju budak 2 helai 180bhat dan baju lelaki dewasa limited katanya 330bhat. Tp cantik..

Lepas tu boleh la plan jalan ke tempat lain, Winter Flower Garden tiket RM8 / 60bhat. Kolam air panas Hot Spring masuk free. Piyamit tunnel je sis tak sempat masuk. Korang blh try masuk nnt update psl piyamit tunnel ok.. Kesemua 3 tempat ni 1 jalan je.. boleh waze je nama tempat.

Nak keluar macam biasa lah, pastikan semua documents lengkap ya.. Itu saja sis nak update. Selamat bercuti ke Betong Thailand.. kap kun kaa.. haha.









Sekian,

28 - 29 Sept 2019

1 comment:

MatCin said...

Assalamualaikum....no contact zahrin insurans ni macam dah takder lagi dah call tapi tak dapat...

Followers