How Old am I

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 1, 2012

Arghhhhhhh!!! Bila Bisul Melanda


Lama x post entry baru :)
Aku bercuti sejak semalam 01.03.2012. Tak pi keja sbb menahan sakit. Nampak mcm sihat tp aku je menanggung kesakitan tu. Sakitnya bukan kepalang :( tambah2 ble bangun tido.. perghhhhhh mahu menangis mase nk mandi time bukak baju tu. adesss...

Dua2 belah pelipat bawah ketiak aku da lama tak buat masalah.. tbe2 je 4ari lepas ia tumbuh bisul di dua2 belah ketiak aku. aduhh. 1 ketiak free 2 bisul yg amat menyakitkan dan buat aku tak selesa nk buat ape2. Haih... So aku tpaksa tak pegi keje. Cuti tanpa gaji :) Nasib kau lah Awin...

------------------------------------------------------------------------------------

sedikit info mengenai BISUL ---> damn it!!!

* bisul boleh tumbuh di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di bahagian muka, leher, KETIAK, punggung atau peha = kawasan tubuh yang menpunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Bisul boleh tumbuh dalam kelompok yang dikenali sbg KARBUNKET.

Apa itu KARBUNKET???
- satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih lagi di kalangan lelaki dewasa.
- menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk dari bisul tunggal
- berkembang dan sembuh dengan perlahan serta meninggalkan parut.
- pesakit boleh mengalami demam panas apabila karbunket berlaku.

* sesiapa yang mempunyai diabetes, sistem imun tertekan, akne jerawat atau masalah kulit lebih berisiko tinggi untuk menghidap BISUL.. Pesakit dinasihatkan tidak memicit atau memecahkannya kerana ia akan merebak dan berjangkit. Antibiotik atau pengaliran surgikal diperlukan untuk membuang atau mencegah jangkitan.

* Simptom-simptom BISUL
- ketulan merah dan bengkak berisi nanah yang menyakitkan
- membesar dan menjadi lebih sakit dalam masa 5 - 7 hari.
- bisul yang kronik boleh membesar hingga sebesar bola golf sebelum matanya pecah.

* Punca-punca BISUL
- berlaku apabila satu atau lebih daripada folokel rambut - injap berbentuk tiup dari mana rambut tumbuh dijangkiti bakteria stafilokokus aureus
- bakteria ini berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan hidung yang bertanggungjawap untuk beberapa jenis penyakit serius termasuk jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung,
- punca jangkitan utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan.
- Bakteria stafiokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau pecahan pada kulit.

* pencegahan BISUL
- elak berpakaian ketat
- banyak makan buah-buahan, sayuran dan bijirin serta sejumlah kecil protin
- elak mkn makanan berlemak.

* TIPS penjagaan
- satu sudu garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuamkan dengan kain yang direndam ke dalam air suam bergaram ke kawasan yang dijangkiti selama 30min.
- basuh bisil dua kali sehari
- sapu antibiotik yang boleh didapati di farmasi dan tutup kawasan berbisul untuk elakkan kuman.
- basuh tangan selepas membersihkan bisul.
- pakaian atau apa saja yang di pakai tidak boleh dikongsikan.

    10 comments:

    Shu @ Mrs. Hamid said...

    Salam, Bisul di ketiak dah baik? saya pun sedang menghadapi masalah yang sama sekarang. ada apa2 rawatan tak?

    Shariffah Darwini said...

    salam, sowie lmbt bls, xperasan de respon :)

    ketiak masih ade bisul, seakan-akan xmau pulih :)

    rawatan? just kurangkan mkn telur dan mknann berminyak..

    tp still akn ade bisul di ketiak (tempat besi bra brada)

    hanya allah saja tau rasanya

    Shu @ Mrs. Hamid said...

    Sakitkan, rasa tak selesa. Saya pun still ada lagi dan juga cuba kurangkan makanan2 macam tu. Dah cuba makan macam2 ubat dan juga buat rawatan akupunture, tapi still tak pulih. Kalau u tau cara nak rawat bisul ni, share la ek.

    ARA YUNNA said...

    Camne nak pulihkannye... Ni jenis penyakit berulang..... Sakit la... Pg klinik dpt antibiotik ngan ubt tahan sakit je..

    Shariffah Darwini said...

    Shu & ARA : Alhamdulillah, penyakit bisul saya sudah membaik dan jarang sekali berulang berbanding dengan keadaan sebelum ni..

    saya cuba tektik cmni..

    1. tidak memakai BRA semasa tidur di waktu malam.

    2. hari-hari tukar BRA.. jangan pakai BRA yg sama berkali-kali

    3. makan acid folic yg berfungsi sebagai vitamin.. klo tak nak pils.. makan je BROCOLI byk2..

    4. pernah pegi jumpa doktor, dia berikan suntikan ke dalam bisul tu
    dan hingga ke hari ni bisul tu dah segan silu nak naik.. (DOKTOR PAKAR KULIT)

    5. jangan skip makan antibiotik..

    NQM nur qaseh maziah said...

    Da 3 mggu..
    Sy skit bisul di tmpat nk buang air besa
    Doktor kata bisul.
    Bkn buasir..
    Dia da inject. Da bg ubat. Ubat da abes. Btmbh skit n start ketulan merah kua
    Sblm ni. Skt nk mmbuang. Tu yg p jmpa dktor.. katanya bisul di dalam daging.
    Azabnya. Rini sgt2 sakit. P opis 5 mnt pn sblah umah jdi 30mnt jln kaki..
    Nasib..

    just Yana said...

    Doktor pakar kulit? Dia suntik camne? Kalau betul.harini gak nak g. Dah 4 bulan kena bisul. Dr suruh surgery saya xnak.

    just Yana said...

    Doktor pakar kulit? Dia suntik camne? Kalau betul.harini gak nak g. Dah 4 bulan kena bisul. Dr suruh surgery saya xnak.

    kid 22 said...

    Adui aq dah 2kali kene bisul ni kt bahagian ketiak..kali pertama da ok ni dia start lagi dah makin bsr plk bisul ni..rase mcm nk cucok je gune jarum

    kid 22 said...

    Adui aq dah 2kali kene bisul ni kt bahagian ketiak..kali pertama da ok ni dia start lagi dah makin bsr plk bisul ni..rase mcm nk cucok je gune jarum

    Followers