How Old am I

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 27, 2011

Ramadhan Vs Syawal

Lama x blogging.. haih..
Akhirnya dpt balik ke rumah ku syurga ku dgn slmt..

Alhamdulillah.. Ramadhan dh nk berakhir.. Syawal pula bakal menjelma.
Kepada Semua kawan-kawan dan sanak saudara...
Dengan ini Aku SHARIFFAH DARWINI ingin memohon ampun maaf
Sekiranya terlanjur kata dan terkasar bahasa yang mengguris kalian semua.

Semoga Syawal tahun ini memberi keberkatan kepada kita semua.
Semoga hidup lebih bermakna lepas ni ye! Chaiyo-Chaiyo! :)

Cerita pasal BULAN RAMADHAN...

DULU kala.. time budak-budak kecik dulu..
aku ingat lagi.. ble balik kampung dari Johor..
mesti susah nk puasa sebab dah last-last puasa..
Tok ngan mak sibuk buat ketupat palas.
AKU HANTU PULUT.. haha.. kalau kerak ketupat tu tak habis..
AKU lah yang tolong habiskan.. haha
Ada pulak geng-geng yang suka ponteng puasa.. mmg syiok la aku mkn.. haha

pastu ble puasa.. mesti dpt bunga api.. mercun dr Lid..
main malam raya ramai-ramai..
Bila dh habis.. mintak tambah.. TAK CUKUP-CUKUP!!

Time berbuka.. ramai berbuka sekali.
Rasa mcm x cukup je lauk pauk yang ada..
tp ble dh teguk air 1 gelas..
Masing-masing dgn TIBA2 jd kenyang dan berlari nk main mercun. HAHA

Pagi RAYA...
1. Mandi
2. Susun kuih2 raya dlm balang.
3. Sesi mohon ampun.
4. Collect duit raya.
5. Ke kubur.
6. Jalan2 1kampung ramai2 collect duit.
7. Ziarah saudara mara yang jauh2. Dr tgh ari smpai lah mlm..
8. Dah pnat beraya.. kira duit lah pulak..
9. Tido ngan duit raya. HAHA

Dulu ngan skrang beraya byk beza..
Dh beso2 ni.. org x nmpak (PELIK TOL)
dulu kecik2.. byk tol duit raya.. skrg HAMPEH.. haha

Tahun ni aku beraya sbg org yg dh bekerjaya.. ALHAMDULILLAH..
dan apa yang aku ingin kn dah pun tercapai..
Semoga lepas ni ALLAH permudahkan segala urusan aku DUNIA dan AKHIRAT..

SYUKUR.........

No comments:

Followers