How Old am I

Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 26, 2013

Ramadhan 2013

Salam Jumaat...

pejam celik pejam celik dah masuk 17 Ramadhan..
dan Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan pertama aku bersama SUAMI.
banyak dugaan yang aku lalui sepanjang menjadi ISTERi
di bulan mulia ni memandangkan suami sibuk bekerja
untuk siapkan BAS supaya orang ramai
dapat pulang ke kampung halaman dengan selamat
dan jumlah Bas mencukupi..

mengenang kembali SAHUR pertama kami...
pukul 4.40am aku bangun MASAK okey!
fuh.. memang mencabar keimanan..
sepanjang hidup aku tak pernah bangun masak
dan bersahur dengan juadah yang berat.
selalunya MAK akan siapkan semua
dan kejutkan kami adik beradik bangun makan aje..
baru lah aku sedari pengorbanan yang mak dah lakukan..
THANKS MAK!!

tak de lah masak beria sangat..
just sup ayam dan kari daging.
selesai masak.. aku dengan BANGGA nya kejutkan SUAMI..
selesai TUGAS dlm bilik air.. SUAMI pn MENGANGKAT meja makan
yang serba DAIF... haha..
meja tulis kanak-kanak yang berharga RM19.90 kat MYDIN tu....
dan dengan itu lah... maka TERTUMPAH lah lauk semua ke lantai..
akibat kaki meja yg TERLIPAT dan meja tidak seimbang.. haih...
malang sungguh... nasib baik ade lauk lagi untuk bersahur..
DUGAAN..............

dan sehingga hari ini..
misi aku masih tidak lari sasaran..
aku masih lagi belum menjejakkan kaki ke BAZAR RAMADHAN..
hehe... baik tak aku ?? try to be ISTERI SOLEHAH...
masak untuk suami terchenta !
hahahahahaha... solehah sangat....

Senang Mudah dan Ringkas
gunalah perencah Rendang Mak Nyonya =)


berbuka pada hari pertama dengan SUAMI..
dia belikan chempedak goreng,
air tebu, satay dan kuih-muih..
bahagia sangat dapat berbuka bersama..

tapi malangnya.. hari pertama puasa sahaja aku
berpeluang berbuka BERSAMA dengan SUAMI..
how sad.......
hari-hari SUAMI balik lewat..
kami hanya berjumpa waktu sahur je..
itu pun dalam keadaan dia separuh sedar..
"TAK PE LAH DADY.. CARI LAH REZEKI BANYAK2"
kadang-kadang merajuk jugak..
rasa macam tak ade suami..

dan hari ni.. RAMADHAN yang ke-17
aku bersahur dalam bas je..
minum air je sempat.. sedih kan..
aku berpeluang berbuka bersama family tercinta..
tak sabar rasanya nak berbuka sekejap lagi..

happy bila tengok mak happy
bila aku hadiahkan dia baju raya..
tak ada yang lebih membahagiakan aku
bila tengok mak dan ayah aku tersenyum..
rutin yang pasti..
bila sampai rumah.. mak mesti ajak keluar..
dan kami pergi mencari baju raya untuk TASYA..

berkenan sungguh dengan baju KAFTAN ni..
tapi agak mahal la.. tak mampu den..
RM175 !!!!!!




teruja tengok TASYA ber-tawar menawar..!
sangat lah kedekut kau nih.. hehe...
yang penting bijak memilih
dan pandai menguruskan kewangan..
thanks sis!


berharap RAMADHAN tahun ini lebih diberkati..
AMIN.......


No comments:

Followers