How Old am I

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 3, 2014

Tips Atasi Masalah RumahTangga



.Nampak bahagia.
.Tapi tak semestinya tidak punya masalah.
.Sedangkan lidah lagikan tergigit.
.Inikan pula suami isteri.

Pandai pulak berkata-kata..
Cermin diri, Muhasabah lah diri dulu.. hehe..


Tips Atasi Masalah Rumah Tangga.

* Tolonglah jangan pendam dan berdiam diri dengan menyimpan rasa marah sendirian.
    
   Kerana ia akan mengakibatkan darah tinggi. Perasaan dendam dan benci akan wujud.

* Perlulah berbincang dengan hati terbuka.

   Berterus terang dengan pasangan. Tak suka ke, tak nak awak buat itu, ini ke, saya jeles ke.. LUAHKAN!

* Jangan lari dari masalah.

   Mengapa perlu lari dari rumah? Apa motif lari rumah? Sedangkan masalah akan tetap mengikuti kita sehingga ia selesai.

* Jangan libatkan pihak ke tiga. Apa tah lagi pihak ke empat, ke lima.

   Selesaikan bersama-sama. Tidak perlu rasa malu kerana hanya antara suami dan isteri saja mengetahui punca pergaduhan atau pertelingkahan yang berlaku.

* Berfikiran waras.

   Bijak mengambil jalan penyelesaian. Jangan tunjukkan bahawa anda tidak bijak mengambil langkah.

* Bertenang. Kawal emosi.

   Rasa marah akan membuatkan kita mengambil tindakan yang tidak wajar. Malah akan memburukkan keadaan.

* Imbau kenangan manis.

   Ingati semula kisah percintaan dahulu sebelum berkahwin. Pastinya ada kenangan manis bersama yang tidak dapat dilupakan.

* Wujudkan rasa sayang pada hubungan.

    Duit dah habih beriban, takkan nak tamatkan hubungan yang sekian lama di semai dengan penuh kasih sayang. Kahwin bukan main meriah, tapi akhirnya pecah belah. NO, NO, NO!!!.

* Mohon maaf dan Memaafkan.

    Jika anda salah, tidak ada ruginya jika anda memohon maaf. Tidak akan terjejas maruah jika perkataan MAAF itu di zahirkan! Dan maafkan pasangan anda dengan memberinya peluang.


Kepada pasangan sekalian, tolonglah percaya dengan pasangan anda. Jangan ambil serius dengan masalah yang remeh temeh. Harus menerima kekurangan pasangan. Tidak ada yang sempurna.

Kalau ada lagi tambahan Tips, Sila Komen ya!

No comments:

Followers