Malaysia digemparkan dengan sebuah berita yang melibatkan 277 orang mangsa dan 12 anak kapal. Pesawat MAS MH370 yang hilang pada 08. 03. 2014 jam 12.41 pagi itu masih tidak dapat di jumpai hingga ke hari ni selepas melebihi 58jam. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana perasaan risau keluarga mangsa. Aku juga turut rasa risau dan cemas menantikan berita mengenai tragedi ini. Sungguh tidak di sangka pesawat sebegitu besar hilang dan masih tidak dapat di jumpai. Hanya mampu berdoa pada yang MAHA ESA supaya keadaan yang kabur ini di jelaskan. Supaya keluarga mangsa tidak lagi risau.
Pesawat MAS hilang pada tarikh 8.3 pada pukul 12.41.
Cuba lihat Surah Yasin, semuanya mengandungi 83 ayat. Cuba pula lihat maksud ayat 41 - 42 dlm surah Yasin.
وَآيَةٌ لَّهُمْ أَنَّا حَمَلْنَا ذُرِّيَّتَهُمْ فِي الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ [٣٦:٤١]
وَخَلَقْنَا لَهُم مِّن مِّثْلِهِ مَا يَرْكَبُونَ [٣٦:٤٢]
وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ [٣٦:٤٣]
إِلَّا رَحْمَةً مِّنَّا وَمَتَاعًا إِلَىٰ حِينٍ [٣٦:٤٤]
Dan satu dalil lagi untuk mereka (insaf) ialah, KAMI membawa belayar jenis keluarga mereka dalam bahtera yang penuh sarat; Dan KAMI ciptakan untuk mereka, jenis-jenis kenderaan yang sama dengannya, yang mereka dapat mengenderainya.
Dan jika KAMI kehendaki, KAMI boleh tenggelamkan mereka; (kiranya KAMI lakukan yang demikian) maka tidak ada yang dapat memberi pertolongan kepada mereka, dan mereka juga tidak dapat diselamatkan, - Kecuali dengan kemurahan dari pihak KAMI memberi rahmat dan kesenangan hidup kepada mereka hingga ke suatu masa.
Ya Allah, mungkin ada hikmahnya yang engkau mahu kami sebagai makhluk ciptaanMu lihat. Moga engkau permudahkan segalanya. Engkau berkati lah semuanya dan engkau limpahilah rahmat ke atas kami. Hanya Engkau satu2 nya tempat kami mengadu. Dengarlah kata hati kami Ya Allah. Makbulkan lah doa kami.
No comments:
Post a Comment