Hari-hari berbuka bersama suami. Cuma bezanya tahun lepas dengan tahun ni, aku tak pernah masak untuk berbuka. Alasannya sebab kerja. Hehe. Balik kerja pukul untuk berbuka dan sambung kerja pkul 8.30 hingga 10.30 mlm. Beli lauk pun ala kadar saja. Hanya untuk kenyang dua perut aku suami isteri. Tak pernah membazir. Membazirkan amalan syaitannnn.. heee
Berpeluang berbuka puasa bersama Boss dan juga rakan tempat kerja di Park Avanue Hotel. Melantak Kambing, dessert, dan pelbagai juadah.. Apa lagi.. selfie sekali.. heee
sebulan di bulan Ramadhan, kini Syawal muncul tiba.. Raya tahun ni di sambut di rumah mertua. Balik ke Dungun Terengganu.. Memang meriah dengan adanya anak buah 28 orang, adik beradik 12 orang. Tapi sayangnya 4 family tak dapat berkumpul bersama.. kita cuba lain tahun :)
Raya ke dua bertolak balik Sungai Petani. Raya ketiga berkumpul dengan keluarga sebelah Walid pulak. Auntie Bibi Ina, BB hizan, Tok Bik semua mai.. meriah sakan naa...
No comments:
Post a Comment