How Old am I

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 18, 2016

Pengalaman Berniaga

Alhamdulillah.. (16 January 2016 - SABTU ) dapat peluang berniaga di tapak Family Day bagi Company Luster, Bila Mak Saudara bagitau ada tapak untuk kami berniaga, aku terus grab peluang tu. Memang berminat nak berniaga. Tapi tak pernah ada peluang sejak berniaga di tapak Jom Heboh kt Perlis ngan Alor Star atas event Nestle Family Day.. Kali ni, peluang datang bergolek. Terlintas dalam benak fikiran ni nak niaga minuman dan dadih. Sebab sekarang ni musim panas ( EL NINO ) 
                    
Satu family buat persiapan sampai pening kepala. HAHA. Seriusly, tak pandai nak agak budget. Kami main bedal je. Niat nak niaga syok2. HUHU. Niaga start awal. Pukul 7am kami dah sampai di tapak kawasan tu. Memang nasib tak begitu baik. Mungkin Allah nak duga. Hujan dari malam hingga ke subuh baru berhenti. Bangun awal pagi dengar bunyi hujan rintik-rintik.

Menu yang kami sediakan :

Sandwich
Minuman ( Milo, Teh O, Nescafe )
Dadih
Kacang
Apollo
Jus Buah Amra Asam Boi

Walaupun meredah lecah padang yang berair tu. Kami teruskan berniaga hingga pukul 1pm. Hingga tamatnya acara Tarik Tali, Tiup Belon, Memancing Ikan, Lumba Lari, Susun Kotak dan Penyampaian Hadiah. Memang seronok dapat join berniaga. Tambahan pula stall orang berniaga hanya ada 3 gerai. Ramai tak dapat join mungkin sebab hujan. Kedatangan ahli pekerja pun hanya separuh dari yang di jangka. Tak apa lah, rezeki kami setakat tu je Allah nak bagi.

Bila kemas2 nak balik, baru teringat, Keesokan harinya ( 17 Januari - AHAD ) tu ada Pasar Ahad. Boleh lah sambung berniaga di sebelah tapak Bapak Saudara berniaga Bundle. Nekad. Esok kami ke Padang Serai pulak untuk berniaga



















No comments:

Followers