SHORT VACATION.
Destinasi yang dipilih adalah Negara Thailand.
Sawadeee...
1. Sediakan passport / border pass. Buat Border pass di JPN hanya RM 10.
2. Pilih kenderaan untuk kesana. Jika punya kereta sendiri, insurans kereta bileh dibuat dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam. Di stesen minyak (Caltex) R&R Gurun juga ada tempat untuk buat insurans. Namun, waktu operasinya pada pukul 9pagi. Di Changlun juga banyak. Hanya RM 17 - RM 19 untuk hidupkan insurans kereta.
3. Wang tunai. Pertukaran mata wang BHAT perlu untuk ke Hatyai. Bhat 1000 = RM 113.50.
4. Tahu hala tuju. Jangan pergi seronok2 tapi tak tahu checkpoint mana nk berhenti. Perlu google dan cari tempat2 menarik baru tak rugi masa.
5. Peta. Haruslah memiliki peta jika anda pertama kali datang ke negara orang. Jadi kami buat keputusan untuk mendapatkan peta. Persinggahan di Singapore Hotel tak mengecewakan.
6. Cenderahati banyak terdapat di Floating Market Hatyai dan Pantai Samila Songkhla.
7. Tempat makan utk Muslim. Kedai makan Islam ada di tepi pantai Samila. Nasi Daging Merah, Nasi Pataya, Nasi Paprik memang di syorkan. Terbaikk
8. Aiskrim kelapa, Pulut Ayam, Lupchup, perlu anda cuba. Aroi chingching.
No comments:
Post a Comment