How Old am I

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 17, 2017

Tips Melancong ke Sabah

Assalamualaikum..

Untuk entry kali ni, hakak nak bg info dan tips untuk kamu-kamu yang belum pernah sampai ke sabah dan ada keinginan nak ke Sabah.. Untuk yang dah pernah pergi, taknak baca entry ni ikut suka anda lah ye.. #jangankecamhakak


Tips Pertama.

   
A) Tiket Flight.
Book tiket awal. Kalau nampak MURAH, sambar terus. Kalau tak, rugi. Kami bertiga booked bulan November 2016. Bulan Julai baru Impian jadi kenyataan.

B) Tetapkan Masa.
Kalau nak jalan-jalan, Make sure tiket flight ke Sabah awal-awal pagi.
Anda akan sampai di Airport Sabah awal pagi.

Macam kami bertiga dari Penang, ambil flight lewat malam ke KLIA. Sampai KLIA pukul 1 pagi. Lepak kt KLIA jap, pukul 5.30 dah blh masuk ruangan menunggu flight. Sampai Airport Kota Kinabalu pukul 9.20 pagi. Boleh terus teroka SABAH.


Tips Kedua

Sewa Kereta / Bayar TOUR GUIDE.
Pilih sama ada nak drive sendiri atau nak upah pemandu pelancung. Untuk pengetahuan semua, Jalan di sabah ni senang je kalau korang tengok GOOGLE MAP pun boleh sampai. Tapi pastikan topup. Biar handset korang tu ada data. So, nak jalan mana-mana senang. Type & Search nama tempat, korang boleh jumpa.. Kalau nak relax-relax, biar tour guide je bawak korang. Senang. Diorang akan bawak korang ke tempat korang nak pergi. Boleh search je pakej percutian di Sabah.

Untuk sewa kereta, boleh contact
ENCIK SHAHRIL
0128221685
Call atau Whatsapp

Senang berurusan dengan dia.



Tips KeTiga


Baca review atau tau tempat-tempat yang akan anda kunjungi. Macam nak exam jugak lah, Tak ada ilmu, korang akan terpinga-pinga nak jawap soalan. Sama jugak situasinya di sini. Kalau tak tau nak pergi mana, Masa akan dibazirkan, korang akan rugi.


Tips Ke Empat

Nak jimat masa, Sampai saja di Airport KKIA, Pergi jalan ke tempat jauh terlebih dahulu. Better naik ke Kundasang terlebih dahulu. Setelah habis melawat di Kundasang, baru turun semula ke Kota Kinabalu.


Tips Ke Lima

Hotel. Sila booking Hotel dan tempat peningapan anda sekurang-kurangnya 2bulan sebelum anda jejak kaki ke sana. Manalah tau silap musim orang mendaki Gunung, penuh hotel pula.

Hari pertama hakak sarankan tidur saja di Kundasang. Untuk jimatkan masa dan tenaga. Banyak hotel di Kundasang yang menarik Contohnya AYANA HOLIDAY RESORT, KIRAM VILLAGE, CRYSTAL HILL, PINE RESORT dan macam-macam. Sila buat perbandingan harga terlebih dahulu.


Tips Ke Enam

Passport.
Kalau nak penuhkan passport dengan cop, bawa lah passport anda bersama ke SABAH. Tak bawa pun tak ada.


Tips Ke Tujuh

Kamera.

Bawalah bersama kamera anda. Charge penuh-penuh. Sampai di SABAH pasti anda akan snap gambar tak hingat dunia. Bawa bersama Charger Telefon dan Kamera anda.


Tips Ke Lapan

Tempat Makan.

Di Kundasang, tempat makan banyak di bulatan Kobis. Cari kedai yang kena dengan selera anda. Harus cuba kepak ayam panggang. Famous kat SABAH.

Di Kota Kinabalu of course lah SEAFOOD. Tapi nak cari kedai yang best tu tak tau mana 1.  Banyak recommend kat GAYANG SEAFOOD RESTAURANT. Tapi kami makan di Pasar Filipin sebab banyak pilihan dan harga pun masuk akal.


Tips Ke Sembilan

Hati-hati dengan SINALAU BAKAS.

Jangan berhenti pulak kenderaan anda kalau nampak SINALAU BAKAS tepi jalan.
Ambil bau pun nak muntah. HAHA. SINALAU BAKAS tu adalah BABI HUTAN SALAI.
HARAP MAKLUM..


Tips Ke Sepuluh

Shopping


Kalau nak shopping, area Pasar Malam lebih jauh murah dari kedai-kedai di Pasar Kraftangan. Kena pandai tawar menawar. Kalau keronsang tak ada masalah. Memang banyak jual.


Tapi kalau alas meja, korang jangan beli di PEKAN NABALU, kat sana lebih mahal dan tak banyak pilihan. Beli di Pasar Kraftangan. Lebih banyak dan lebih murah.




so kat sini hakak nak bagi sikit info pasal Lokasi tempat menarik di Sabah.


INFO


1. Dari Airport Kota Kinabalu ke Kundasang ambil masa lebih kurang 95km

2. Dari Airport,1st tempat menarik yang akan anda jumpa adalah RUMAH TERBALIK di Telibong. Harga Tiket RM10.60 seorang. Di Rumah Terbalik pelancung tak dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah tersebut. Hanya boleh bergambar di hadapan rumah itu sahaja. Juga ada 3D Museum. Yang ni boleh bergambar sesuka hati anda.

3. Tempat menarik yang anda akan jumpa seterusnya adalah JAMBATAN TAMPARULI.

4. Perjalanan 40km dari Telibong, baru anda akan jumpa PEKAN NABALU.

5. Seterusnya 12km dari Pekan Nabalu, akan jumpa KINABALU PARK.

6. Seterusnya 15 minit dari Kinabalu Park, akan jumpa DESA DAIRY FARM KUNDASANG.

        7. 1 jam dari Kundasang, anda boleh menikmati Kolam Air Panas Hot Poring dan Fish Massage di KG LUANTI TAGAL FISH Serta SABAH TEA.

        8. Jika hendak teruskan perjalanan ke Sandakan akan mengambil masa 2 hgga 3 jam dari Kg Luanti.

        9. Turun dari Pekan Nabalu, boleh teruskan perjalanan 65km ke Kota Belud.

       10. Dari Kota Belud ke Kota Kinabalu mengambil masa 1jam. Separuh jalan dari Kota Belud, anda akan jumpa Museum Semut (ANT). Museum ni baru buka. Kalau bawak anak-anak boleh singgah.

       11. Sampai di Kota Kinabalu dr Kota Belud, anda akan jumpa Masjid Terapung.
     
       12. Di bandar Kota Kinabalu ada Pasar Filipin, Pasar Kraftangan, Hard Rock, Todak Waterfront, Jesselton Point, Museum War dan macam-macam lagi.

       13. Sebelum balik ke airport, boleh singgah di Tanjung Aru tengok air laut.

No comments:

Followers