How Old am I

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 5, 2011

My Life was just Begin

Hari ni merupakan hari terakhir aku bergelar ‘single’. Sebab esok tengah hari aku secara officially akan menjadi tunang orang. Tunang kepada Zukri Bin Ismail.

APA PERASAAN ANDA???
Biasa jer.. HAHA. Actually aku rasa gementar jugak sebab takut apa yang dirancang tak menjadi. Ye lah, kita ni manusia biasa yang hanya mampu merancang tapi DIA yang menentukan semuanya. Harap2 semuanya berjalan lancar. Lepas ni dah tak boleh berfoya-foya. Tak boleh jumpa mane-mane lelaki senyap2. Tak boley nak lepak-lepak kt kedai mamak sampai 4-5 pagi :)

APA WARNA TEMA??
-          Aku memilih warna hitam+silver+putih untuk tema majlis bertunang aku kali ni sebab aku minat HITAM. Cuma tak dapat tunang berkulit hitam je J berangan nak dapat Arjun Rampal tapi dapat lebih kurang Shahid Kapoor pun kira beruntung dah. Janji dia sayangkan aku kan? Haha.. Tema ni tak ada kena mengena tiru sapa-sapa pun. Aku memang minat warna tu sebab ia nampak lebih matured kot J

BERAPA RIBAN HANTARAN??
-          Terus terang aku bagitau, bakal suami aku tak de lah berada mana pun, dia mampu 10k. tapi aku nak buat macam artis jugak. So aku decide amik nombor 89125 tarikh lahir aku J Bukan 89,125 ye tapi 8,912.5 sebab aku lahir 25 01 89,

MAJLIS TUNANG GUNA PEMBESAR SUARA??? Apa komen anda??
-          Haha.. kelakar jugak bunyinya. Tapi aku paham, ayah aku seorang yang mementingkan quality bukan quantity (Eh, ni iklan ape pulak?) J dan aku tahu ayah aku excited bila 1st time ada kenduri macam ni kat rumah kami. Dan aku pulak anak sulung mak dan ayah aku. Aku dalam diam menghargai jugak apa yang Mak dan Lid aku buat untuk majlis aku ni. Terima Kasih Mak.. Terima Kasih Lid.. J

BERAPA RAMAI YANG ANDA JEMPUT??
-          Sepatutnya jemput ahli keluarga je. Tapi memandangkan pihak lelaki hantar 7 buah kereta untuk rombongan meminang ni, kami terpaksa la buat kenduri untuk lebih seratus orang. MAAF kepada yang tidak dijemput sebab niat nak buat ala kadar je. Lagi pun ni baru majlis bertunang kan.. So harap tidak ada yang terasa sebab anda tidak di jemput. Mungkin kenduri kahwin nanti anda akan diberi kad yang grand J masa tu jangan tak datang pulak ye.

BERAPA BANYAK YANG ANDA LABURKAN UNTUK MAJLIS NI??
-          Haaa ni yang nak tau nih, aku sendiri pun belum buat kiraan yang betul untuk soalan ni. Tapi setakat ni, untuk jamuan (catering) Lid support sebanyak 1.5k. Untuk hantaran aku tak banyak habis duit sangat mungkin RM800++ je sebab banyak sponsor J (ko ingat ko tu artis ke nak ada sponsor bagai) Aku hanya buat apa yang aku tau je. Totally mungkin anggaran 1.2k lebih kurang.

Dah la.. tak mau tanya banyak, jom kita lihat gambar-gambar untuk persiapan J



4 comments:

Aina Meducci said...

Awin tahniah!! :) sorry aku x dpt dtg majlis bertunang ni tp insyaAllah, kalu diizinkan aku dtg rumah masa majlis nikah nnti..

kelakar pulak, rasa sekejap je masa berlalu, dulu masa kecik main2 kucing masak-masak belakang umah sekarang ni dah nak jadi tunang org pulak..huhu

Semoga Allah mengurniakan sebuah perkahwinan yang dirahmati serta murah rezeki..

ps: jelesss hehe :b

Shariffah Darwini said...

Intan : Terima Kasih :)
tu la.. aku pn rasa mcm tu.. dlu main2 sama2 skrg dh bwk haluan masing2 kn? kita pn masing2 dh besar :)

ye.. majlis nnt jgn lupa dtg k.. aku akn pilih tarikh time cuti sem / cuti skola..

regards utk mak, ayah n kamal :)

PPS : tak yah jeles ahh.. ko pn x lama lg ade la tu :)

~ Mrs. EZZAD ~ said...

awin..tahniah dik..akak dh tgk pic lam fb..hitam itu menawan ok..:)..

Shariffah Darwini said...

tq akak :)

Followers