How Old am I

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 12, 2012

Tahlil, Baju Nikah & Hantaran

Imbas kembali detik-detik sebelum bergelar isteri...

Debaran yang aku rasa mula lepas majlis Tahlil..
Lepas Asar hari sebelum majlis..
Lewat Petang tu dah mula rasa semacam..
Takot-takot Ayie lafaz banyak kali..
Takot tok kadi banyak tanya.. hehe..
macam-macam dalam hati dan fikiran


Masa majlis Tahlil.. tak ramai yang datang
cuma jemput jiran-jiran dan sahabat handal yang terdekat..
mungkin ada keluarga yang terasa sebab tidak menjemput..
akan tetapi harus difahami keadaan ibunda ku yang tercinta..
tidak bisa melayan tetamu yang keramaian teramat.. <-- lols="lols" p="p">
Credit to my Cinta ---> ayahnda ku sayang
sebab sponsor door gift
Maggi Bag, milo pounch & ade buku yaasin, air mineral serta bunga telur
sebagai tanda terima kasih pada tetamu yang hadir..
akan tetapi amat menyedihkan bila ahli Masjid yang di jemput tidak hadir
dan tidak memberi kata maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis..



Mereka di atas adalah orang kuat majlis..
banyak membantu dan mengerah tenaga untuk menjaya kan majlis aku
TERIMA KASIH dari Awin
Jasa anda tidak terbalas..
juga ucapan Terima Kasih pada jiran tetangga dan rakan-rakan TAI CHI
yang berhempas pulas peluh ketiak untuk memeriahkan majlis..

Hantaran kepada Suami ku =)



T-shirt Polo

Sejadah & Al-Quran sbg bimbingan kami suami isteri

Jam Tangan Crocodile - from my beloved daddy

Set Wangian Nike

Kasut Polo

Set Tali Pinggang Dan Beg Duit

Cincin Emas Putih - " Love Forever "

Pudding Spider pemberian drpd BB tersayang.. Shariffah Zurina Jamalulail
Hiasan Hantaran made by aku sendiri.. hehe..
save budget..

Teaser Baju Nikah

Jubah Mawar ni aku beli kt Giant Kelana Jaya je..
Jubah ni asalnya kosong.. seperti di bawah..


jadi bila nampak tak menyerlah.. aku letak manik PINK sebagai hiasan
untuk menyerlahkan baju nikah aku..
DIY sendiri je.. jimat kos.. cuma RM170 =)


Haaa nampak tak.. huhu..

Will update yang lain.. 
daaaa~

No comments:

Followers