How Old am I

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 23, 2015

Chalet Terapung Teluk Bayu, Sungai Petani, Kedah


Baru free hari ni nak update entry harini.
31 October punya cerita. Hubby cuti. Taktau mana nak pergi.
Memandangkan hubby minat mancing. so kita ikutkan je la..

Hajat nak ke Segantang Garam. Malangnya Chalet fullhouse.
So GOOGLE pasal Chalet Terapung Teluk Bayu.
Nampak menarik.

Call : En. Syukri = 019 540 4943    

Katanya ada 1 je kosong untuk rate RM100.
Muat untuk 7 orang.
2 bilik Tidur.
1 Bilik Air.

Jadi kami book dan terus shopping umpan
sotong dan umpun-umpun


Pukul 5.40pm sampai jetty dan terus shoot ke Chalet.
Tak sampai 15 minit pon dah sampai Chalet.


Membelah sungai menaiki Speed Boat

Chalet ni harga RM 150 siap Aircond.


Muka ceria dapat Short - Vacay atas Chalet Terapung


Ruang Dapur di atas Chalet Terapung Teluk Bayu. Peti Ais di sediakan.

Dapur untuk memasak. Perkakas untuk memasak. Meja makan.




Dua Bilik Tidur.


Keadaan dalam bilik tidur. Boleh bawa TOTO NARITA 
kalau nak lepak kat HALL tengok aksi pemancing memancing (LOL)


Ruang Tamu yang selesa.
Boleh menonton TV.




1 Tandas / Bilik Air


Hubby dah puas hati dengan Chalet ni.

So mari kita mula memancing.
Pukul 6.00pm dah mula memancing hingga ke pagi.



Jiran seberang pon memancing sedari kami sampai hingga kami nak berangkat pulang mereka masih memancing. Pemancing tegar agaknya. Siap ber BBQ di malam hari. Meriah betul.



Suasana memancing dalam hujan. Hubby merayap keliling Chalet.


Datang ramai-ramai boleh ber BBQ. Barulah meriah. Ini pengalaman pertama kami, jadi kami tak tahu menahu langsung ada perkakas begini. Kalau tahu dah lama plan elok-elok dan berjimba di sini.




Hasil tangkapan Hubby di malam hari.


Pukul 3.00 PAGI saat aku dah berdengkur, Hubby kejut, nak tunjuk hasil BESAR dia dapat. HAHA. Manis sangat ikan ni. Aku masak STIM.. TERBAIKK LAH (masuk bakul angkat sendiri)


Hasil untuk di bawa pulang. Banyak lagi sebenarnya. Tapi Hubby buang balik. Katanya ikan kecil biar membiak dulu. *terharunyaa




Suasana di pagi hari. 7.00am. Tenangnyaaa rasa.. Indah ciptaan Tuhan.



Berangkat Pulang pukul 12.00 tengah hari. Berkemungkinan akan kembali dalam masa terdekat bersama keluarga dan sanak saudara pulak. HIHI..


P/S kalau nak ke sini :

* Bawak Arang
* Bawak bahan-bahan untuk memasak
* Bawak Ubat Nyamuk

3 comments:

Anonymous said...

kat area mana ye tempat ni..bole bg info tak nak ke tempat ni

90210 said...

Biar saya tolong jawabkan ye tuan tanah,Telok Bayu ni dalam kawasan Sungai Petani Kedah. Exit Tol Selatan.

Shariffah Darwini said...

Thanks tolong jawapkan 😂 lama tak bukak blog.. sowie..

Followers