Day 2
Awal-awal Pagi dah tak boleh tidur, sebab semalam tidur awal
,perbetul pinggang dan rehat secukupnya. Pagi ni dah rasa tak sabar nak explore Sabah lagi. 4.30pagi dah bangun sebab kesejukan. Subuh pun awal kat Sabah. So bukan alasan untuk bangun lewat. Pukul 5pagi dah
boleh nampak matahari terbit dari tingkap bilik. Subhanallah. Indah ciptaan mu
ya Allah. Terpegun ku melihatnya.
Pukul 6.30 pagi kami bertiga keluar untuk check out. Tapi malangnya pekerja Ayana Hotel datang pukul 7pagi. Jadi kami keluar dulu dan akan balik ke Ayana untuk Check out pukul 11pagi. Kat luar, sempat lagi kami posing2..
Perjalanan ke destinasi pertama pagi ni sedikit mencabar. Akibat sewa kereta Viva jer, nak daki Crystal Hill tu, seksa jugak lah. Jalannya pun boleh tahan berlubang-lubang, lopak disebabkan hujan semalam. Pukul 7pagi kami tiba di puncak Crystal Hill. Sebab baca review, banyak pelancong akan datang ke Crystal Hill ni untuk melihat keindahan Gunung Kinabalu dari sini di awal pagi. Dan ternyata keindahan itu membuat aku terpana. Masyaallah. Indahnya. Kalau awal lagi, mesti dapat lihat matahari terbit.
Memang cantik. Seluruh bukit tersergam indah. Nampak je view ni, pasti perkataan WAHHHHHH akan keluar dulu di bibir. Sesapa yang berminat nk stay kat Crystal Hill ni boleh hubungi nombor yang tertera di bawah :
Destinasi kedua adalah Desa Dairi Farm. Yeah… kami datang lagi untuk jumpa lembu-lembu kat sini. Hehe. Tunggu 10minit kemudian pintu masuk dibuka. Alhamdulillah. Harga tiket RM5 seorang. Murah jer.. berbaloi la nak tengok keindahan seakan-akan New Zealand kan. Dari kau nk ke NZ jauh-jauh, Negara sendiri pun kau tak habis nk explore, apa kejadahnya. Haha. Alhamdulillah kami dah jejak sabah. Dah tengok sendiri pekerja2 ni uruskan lembu macam mana. Siap ada mesin sikatkan bulu lembu lagi tau..
Pemandangan yang sungguh memukau. Jatuh Cinta aku padamu Gunung Kinabalu.
Ni lah masalahnya kalau Your Travel Partner macam ikhlas tak ikhlas je nak ambilkan gambar kau, gambar dia elok je kita ambikkan. Bila time gambar kita, HANCURRRRRRRRRR.. HAHAHAHA
FALL IN LOVE sangat dengan panorama kat sini. Macam tak nak balik. Indah sungguh. Dengan kesejukan cuaca kat sini. Beruntung lah sapa yang tinggal di sini. NEW ZEALAND Malaysia lah katakan..
Encik Suami sempat pulak jumpa dengan adik Angkat dia. Dia memang kerja kat Desa Dairy Farm ni. Beruntung lah. Boleh minum susu percuma tak? huhu. SEDAPPP SANGAT.. Kalau datang sini haruslah rasa Fresh Milk kat sini. Rugi tak rasa tau..
Dedua sedap.. Fresh Milk tu haruslah hakak punya sebab Encik Suami tak minum Fresh Milk. Dia minat Coffee. So dia beli Susu Berperisa KOPI. Pun sedappppppp!! Sekotak 500ml hanya RM5.40 jer.. kalau balik terus, boleh la beli berkotak-kotak bawak balik bagi sorang sikit rasa. Tapi malam ni kami stay 1 malam lg di KK. Takot basi pulak simpan lama-lama. Sorry lah adik-adik, kakak rasakan kat sini je lah ye. HAHA
OK. Nampak kesian tak anak lembu dan kambing kat sini? HAHA. Kalau datang, jangan lupa bayarkan susu sebotol RM 1.50 jer untuk anak lembu dan Rumput RM 1.00 untuk kambing. Jangan kedekut dengan binatang. Besar ganjaran yang Allah akan berikan kemudian. Insyaallah.. Encik suami memang seorang yang sayangkan binatang. Jadi tempat ni boleh dikatakan tempat kegemaran dia lah selepas TAGAL FISH yang kami tak de peluang nak jumpa ikan2 tu. HEHE.
Kalau nak datang sini jangan lupa bawak kamera yang baterinya sudah di Charge PENUH.. kalau ada SJCAM, DSLR, bawak jer. Tak rugi pun kau nak snap banyak2 gambar kat sini. Kalau nak buat Video macam Aieril Zafril atau Hariss Baba pun boleh, ala-ala hindustan gitu kan.. tapi bayaran RM2120 dikenakan. HAHA. Seriussss
Seronok lembu tu bila berus tu dok berus2 bulu di badan dia
Ice Cream Gelato ni RM 5.70 ya. boleh beli dan rasa. SEDAPPP!! yogurt pun ada. Kalau nak tambah Topping pun ada. Add on je..
Next place kami ke Kinabalu Park. Masuk seorang RM 3. Kalau tak larat jalan kaki, boleh drive je kereta anda mendaki ke atas. boleh ambil gambar dekat dengan Gunung Kinabalu.
Lepas Check out Hotel, kami turun ke Pekan Nabalu. Seperti yang dijanjikan, beli lah alas meja untuk mak. Dapat sehelai untuk 8 kerusi, RM 70. Alhamdulillah. Rezeki mak. Hehe.
Dah puas rasa tempat sejuk, kami teruskan perjalanan ke Kota Belud, 65KM dari Pekan Nabalu. Jalan nak turun ke Kota Kinabalu akan nampak simpang ke kanan untuk ke Kota Belud. Semalam Google tengok Pantai di Kota Belud memang cantik. Tempat tu adalah pit stop untuk pelancung naik bot ke Mantahani Island. Sampai-sampai je nampak air di pantai tu BIRUUUU.. WAHHHHHH CANTIKNYAAAAA...
Memukau... Panas terik pun kami sanggup berdiri lama kat situ sebab keindahan air laut. Tak sia-sia lah jalan bengkang-bengkuk, Pusing sana pusing sini sementara nak sampai sini. Memang berbaloi. OK.. jom Check In Hotel di Kota Kinabalu. Jam 1.30 sampai Hotel.
Sempat rehat, rilex2 dlu. Lepas Maghrib kami keluar jalan-jalan cari makan. Masa dalam bilik hotel, ade try google kedai makan seafood yg best kt KK. Ramai recommend kedai GAYANG RESTAURANT. Tapi ble tgk instagram, macam ramai Chinese. Siap minum Bir. Rasa ragu-ragu. So Encik Suami kata, kita makan di Pasar Filipin je lah. Situ banyak kedai.
Dah sampai situ.. rambang mata. Tak tahu nak duduk kedai mana. Semua nampak sedap. Bau jangan cakap lah. Dengan perut yang berkeroncong lapar tu. Kami singgah di satu kedai ni tanya2 bisik2 harga dlu. Hihi. MACAM- MACAM ada..
Scallop masak Sambal Pedas. RM 15 untuk 3 orang makan
Lobster masak Goreng CILI RM30 seekor
Udang Galah Butter Garlic 2 ekor RM30
Ikan Jenahak Steam Sos Tiram RM40
Sotong Goreng Tepung 1 ekor boleh baham 3orang RM 30. Tambahan KERANG BAKAR CILI RM15 tak sempat snap dah licin. HAHA. Air asam je tak berapa nak KICK macam mak buat. HAHA.
Masa tengah tunggu hidangan siap di hidang, ramai jugak bagi feedback makan kat sini mahal. Hmm.. kenapa lah korang tak bagitau awal.. Kalau tak boleh lah makan luar-luar sikit. HAHA. Tak apa lah, tak boleh berkira sangat bab makan ni. Kalau tak rasa kita tak tau kan.. Lain kali datang kita try kt luar-luar sikit. Ewahhhh.. hahaha. So, Total 3orang makan, RM 180 termasuk nasik putih dan air. Mahal ke
murah?
Shopping TIME... Jalan-jalan Pasar kat situ. Semua cantik-cantik. Rambang mata. Rugi lah tak boleh beli banyak sbb x declare luggage. Sebab beza harga dalam pasar kraf tangan dengan kat pasar memang jauh beza. Kat pasar lebih murah berbanding dalam kedai. So sapa-sapa nak pegi shopping, boleh jalan2 pasar dlu. Hari Jumaat malam ada pasar.
Dah puas beli, jom balik tidur dengan nyenyak nya. Hehe. Esok last day nk pergi jalan-jalan di Kota Kinabalu. Apa lagi yang menarik? tunggguuuu
No comments:
Post a Comment