How Old am I

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 10, 2017

SABAH Trip episod 2


DAY 1                

            Pukul 9.15pagi kami sampai di KKIA. Kira on time macam yang di plan. Elok-elok jugak janji dengan Encik Shahril yang sewa kan kereta. Disebabkan kami hanya bertiga, kami putuskan untuk sewa VIVA saja. Jimat dan muat untuk kami bertiga. Untuk tempahan kereta sewa boleh berurusan dengan :

ENCIK SHAHRIL ( whatsapp / call : 012 8221685 )





Permandangan lepas subuh. 


permandangan Sabah dari atas



              Pukul 9.25pagi ambil kereta dan teruskan perjalanan ke Kundasang. Dari Airport Kota Kinabalu, 1st check point akan jumpa Rumah Terbalik di area Telibong.  Rumah Terbalik ni berada di sebelah kiri jalan. Kami singgah dan beredar sebab tiket masuk RM10.60 tapi tak dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah terbalik. Waste money je sebab tak dapat nak abadikan kenangan kat dalam tu. 


          So kami teruskan perjalanan ke Jambatan Tamparuli. Kami sampai ke Jambatan Tamparuli pukul 10.50pagi. Kebetulan ada orang berniaga di situ. 10.50pagi dan terik macam pukul 12tgh hari. So kat situ memang ramai orang. Tak sunyi.


















view Pasar Pagi dari atas Jambatan Tamparuli.












barang2 kering dan basah yang di jual di pasar Jambatan Kinabalu. Macam2 ada. Kuih-muih, buah-buahan..


pelbagai jenis sarapan pagi pun ada di jual.



jalan ke Kundasang be like.. sabar je lah kalau kau letih dan mengantuk. Better sediakan kacang ke kuaci ke biar kunyah hilangkn mengantuk. HAHAH. Seeloknya isi minyak kereta siap2. Biar penuh. supaya selamat sampai ke atas sana. sebab stesen minyak dr satu tempat ke satu tempat tu jauh2..


Selepas 40km perjalanan dari Telibong, akan jumpa Pekan Nabalu.







Cuaca dah terik tapi tak berapa panas. Angin sepoi2 bahasa je. Masa ni Gunung dah dilitupi awan dan kabus. Kalau nak lawa, kena snap gambar seawal 7 hingga 9 pagi. 



Singgah di Pekan Nabalu, kami survey harga dulu. Contohnya harga alas meja utk 8 kerusi. Mak pesan suruh beli. Tak beli, jangan balik Sg Petani. HAHAHA. SO aku pusing2, susah jugak la nk jumpa Alas Meja tu. Tak banyak kedai yang jual. Kalau ada pun, alas meja kecik, alas meja kain mcm shawl. HAHA.












Kedai pun ada yang tak buka. Mungkin haritu hari KHAMIS. Jalan punya jalan, jumpa alas meja utk 8 kerusi. HARGA RM 145. Makkkkk aiiii.. mahai nokkk.. taknak lah... tapi tak banyak dah kain yg ade. 4 hgga 5 helai je kot yg tinggal. yang lain size kecik yang orang akan buat untuk gantung di dinding sebagai hiasan je. So aku putuskan untuk jalan2 lagi. kalau tak de pun biar lah. Beli je RM145 pun. walaupun dah tau mak pernah dapat murah dengan harga RM60. MAK PUNYA PASAL KAN.. huhu


Jalan punya jalan lagi, jumpa 1 kedai ni, ada alas meja tu... WEY... MANA PULAK TOKEY KEDAI NI??????????????? ok fine.. tak de orang jaga... haiyaaa.. CANGKOI.. hahaha. Tanya tauke kedai sebelah, dia pun tak tau itu orang pi mana. hahaha. tak pa la. kami jalan2 dulu. esok nak balik kami singgah beli kalau ada rezeki.

T-shirt budak ( hard rock / sabah ) RM28
T-shirt dewasa ( hard rock / sabah ) RM 35
beg galas anyaman RM 45 tawar dapat RM 35





famous kat sini adalah, buah-buahan, pulut, kuih cincin, amplang dan lain2. Yang lain tu lebih kurang macam di Padang Besar, Bukit Bunga. sama je..




Dah letih jalan, kami check in Hotel Ayana di Kundasang. Environment ok, cuma air SLOW. mungkin lambat air tu nk naik bukit. hahahhaa. SEJUK GILA okey.. kalau korang ambik luggage, sediakan selimut extra atau baju tebal. Hotel ni memang tak ada aircond. Macam kat Cameron Highland lah jugakk.. hehe.


Bilik Luas.. selesa.. hanya RM 70 lbh je guna Trivago




Pemandangan dari dalam bilik aku.. nyaman sekali..




sempat kami lelap sekejap sebab hujan turun dengan lebatnya. Pkul 3ptg kami keluar semula untuk jalan2 cari makan 




Baca Blog, Famous di Kundasang adalah Kepak Ayam Bakar. So kami try.. Hmmm.. Not so Good. Mungkin salah tempat kot kami beli. Tak Tau exact tempat kat mana yg viral tu. Cari Tandas Awam tu tak jumpa. hahaha. bedal je lah bedah oi.. lapar punya pasal, semua sedap. Maksu kata Sup Daging yg dia order tu kuat sangat bau sapi nya. hahaha. memilih sgt kau pun maksu oi..

tapi sincerely mmg tak sedap mana pun masakan Restaurant ni (dekat area Bulatan kobis tu) Disebabkan lapar punya pasal, semalam pelahap KFC je kt airport, kmi bedal habis jugak supaya malam ni tak kebulur. HAHAHA.



dan hajat nk main ikan di Tagal Fish tak kesampaian sebab hujan lebat tadi dan air sungai laju. So diorg tutup tempat tu tak kasi pengunjung masuk. Tak dapat la nk rasa ikan gigit-gigit kaki.. Encik Suami lah orang yang paling sedih tu. Dia kan obsess dengan ikan. HAHA






So dapat tengok view sungai tu dr jauh je lah.. tak apa lah... tak ada rezeki. dan lepas tu kami ke Ladang Teh Sabah.. juga tak menjadi rezeki kami bertiga sebab hujan turun dengan lebatnya.. so sad..















































Destinasi terakhir harini adalah Desa Dairy Farm.
Kami datang nak tengok Moo Moo. hehe. Tapi dah tutup. Kami tiba jam 5.30 ptg. Tempat tu tutup pukul 5. Memang dah tau dah waktu operasi tempat tu. Tapi saja nak kenal jalan supaya esok pepagi dah boleh sampai sini tanpa sesat. Hahaha. Actually jalan di Sabah ni senang sangat. Takyah nk ber TOUR GUIDE sgt pun dah boleh sampai ke satu2 tempat tu. Google Map je.. hihi. So kami snap snap picture dlu di kawasan ni. Esok kita datang lagi.. Tunggu episod day 2..

No comments:

Followers