How Old am I

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 9, 2011

Benda PALING Penting Bila Keluar Jalan-Jalan

Kalau keluar rumah, rasa tak lengkap tanpa benda-benda nih. Dan ada yang rasa tertinggal dan tak sedap hati bila tak ada benda tu. Kadang-kadang rasa macam tak seronok nak jalan-jalan bila tertinggal sesuatu yang penting tu. RELA berpatah balik untuk amik benda tu sebelum keluar dari rumah. APAKAH ia? JENG JENG JENG... kalau aku.. aku tak lengkap tanpa :

1. Identiti Kad : Kad Pengenalan bagi rakyat Malaysia sangat penting kot. Kalau tak bawak, kena tangkap dah di anggap orang asing.. MAMPUS.. haha

2. Handphone : sangat lah penting bagi aku. IBARAT NYAWA.. ye lah kalau berlaku apa-apa yang tak di ingini.. tak ke kelam kabut nak cari public phone. So aku akan bawak handphone ke mana saja aku pegi..

3. Duit : walaupun sikit, duit sangat penting supaya bila terjadi apa-apa, semuanya guna duit sekarang ni. Kalau tak ada duit, orang pandang rendah dan diri sendiri rasa DOWN... demmit..

4. Kad bank : ATM kad. Kalau tak ada duit, boleh jugak pergi cari ATM kat mana-mana. So ianya penting.

5. Minyak Wangi : boleh jadi alat penyembur pada orang yang nak rompak ke .. nak rogol ke.. haha.. Time busuk-busuk kena lah wangi...Nanti tak ada orang nak pulak :)

6. Baju spare : My mom yang selalu praktik kan benda ni. Pegi mana-mana mesti dia bawak baju spare, takut baju kotor, takde lah malu-malu kucing depan orang. Maklumlah, imej kena jaga,, haha

7. Charger handphone : tak ada benda nih, aku nangis! Susah hati dowh. Nyawa aku kena la ada pengecas.. haha

8. Pen dan kertas : in case kalau excident, boleh cepat-cepat catat no pendaftaran kereta atau kenderaan yang buat hari anda terasa malang. haha

ape lagi eh?

1 comment:

Anonymous said...

satu lg.jangan lupa mandi dulu..hahahahahhaha...

Followers