Salaam...
Nak habaq p kt hampa, kami letih sangat ni. Tak berenti dok ukoq jalan.
Letih laa... tak kira dah ni! haha..
09.11.2013 - pkul 1030am dh btolak ke KL.. macam2 hal blaku.. haih.. loteh mak, nok... tapi tak pe lah, aku tak bubuh di hati pung~! heee. Ape yang berlaku kita jadikan teladan supaya benda macam tu takkan berlaku lagi. pkul 4 ptg smpai, trus jalan2 kt Masjid India.. pkul 8.30mlm dh blk umah rest
Bandar Saujana Putra. Akan tetap menjadi kenangan pada aku..
dah banyak yang aku lalui di rumah tu.. Blok B-3-0-3. Thanks pada kak Sal dan
Suami yang sudi beri aku dan suami menyewa dari 6 Apr 2013 hingga 6 Dec 2013. Tanpa
bantuan Kak Sal, tak tahu lah aku dan suami merempat kat mane skarang ni.
10.10.2013 – kami sambung perjalanan ke The Curve, IKEA,
Kenanga Wholesale Centre. Banyak habis duit ni.. duit gaji last memang
berbaloi-baloi. Haha. Sambil beli barang keperluan, kami beli barang untuk
jualan. Sambil habih duit, kita kena pkir macam mana nk bg duit masuk =)
Jalan sampai lenguh2 kaki lah. Puas sungguh. Hehe.
Meet my best friend, Aini. Single but not Available. Hehe. Gurau
je. Kami akan ke mana saja bersama kecuali ke bilik air ye.. =) dah jadi macam
adik beradik. Sedih nak tinggalkan dia. Hope kita akan berkawan hingga hujung
nyawa.
Escape room, must try! Tapi bukan aku kot. Hehe. Aku sangat
tak sukakan cabaran, tambahan pulak tempat tu macam seram2 Ta*i. Haha. So terima
kasih aje lah ye. Aku takkan sahut cabaran tu. Hehe. Dalam masa 45minit, mangsa
kena selamatkan diri dalam sebuah bilik yang ade tema. Rumah hantu, penjara,
rumah usang dan pyramid. RM36 pada hari minggu. Haih. Memang tak la kan!
Masuk IKEA tengok susunan perabot memang best. Termimpi2
untuk aplikasikan kat rumah sendiri. Tapi apa kan daya, masih belum punya rumah
sendiri deh. Insyaallah, suatu masa nanti.
Bila dah sampai kt IKEA, memang WAJIB lah kena makan
MEATBALL yang menjadi bualan ramai. Bukan selalu nak datang lepas ni. Jadi aku
kena amik kesempatan ni untuk rasa. 1st time ni tau.
15 biji RM15++. 1st time makan Meatball cicah jem strawberry. Hahaha.
Tapi not bad lah rasanya, Cuma ralat sebab lupa amik sos. Apa daaaa..
Gambar di atas bukan bermaksud ape2 ye. Dia adik iparku. Hehe. Bukan ape, takot ade pulak yang cemburunye... Susah nak pujuk oiiiii.
Lepas dah letih berjalan, kami balik Saujana Putra, mandi, sembahyang
maghrib, siap2 keluar semula ke i-city bawak
sweet couple tuh tengok dunia. Hehe.
Sementara kami di I-city yang penuh bercahaya, manakala di
Saujana Putra gelap gelita. Blackout. Nasib baik keluar. Hehe. Sepulangnya dari
I-city baru nampak lampu terpasang dari sebuah flat dan sebuah flat yang lain. 12am kami tiba di rumah. Merehatkan diri kerana esok mahu pulang Sg Petani.
Pukul 10am angkut barang2 rumah masuk kereta SAGA. Kemudian, mandi dan bersiap untuk bertolak. Singgah makan dulu. Kedai MAMAK jadi pilihan. Nasi Beriani oiiiii.
Hingatkan nak terus balik rumah. Rupanya ada lagi tempat singgahnye. Adehh.... Menara Condong pulakkkkkk..... kagum dengan binaan Menara Condong ni. Tapi sayang, tiada tarikan untuk pelancong. Jika boleh di Hebahkan dan di jadikan tempat kunjungan orang ramai dengan pelbagai tarikan akan lebih menarik. Walau apa pun, satu tempat yang aku nak sangatttt pegi dah tercapai. Mungkin lepas ni tempat lain pula..
Muka puas tuuuuu |
nampak mendapppp sangatt tuuu |
Seronokkkkkkkk jalan... Sampaikan aku lupa laki aku kat rumah. hehe. Hmm.. Ntah2 dia pun lupa aku. Bukan boley pcaya sangat LELAKI nih..
Sepulangnya dari KL, keesokkan harinya kami celebrate birthday Mak dan Lid kat rumah Pak Majid. Moga Allah murahkan rezeki Pak Majid.
Sepulangnya dari KL, keesokkan harinya kami celebrate birthday Mak dan Lid kat rumah Pak Majid. Moga Allah murahkan rezeki Pak Majid.
Terima Kasih Atas Segalanya.
Hanya Allah Membalas Jasamu.....
PLB...
Haha.
Sincerely,
Awin
No comments:
Post a Comment